Followers

Wednesday 2 November 2011

MRI Scan Procedure yang membosankan

Assalamualaikum..
Fuuuuhhhhhh......Baru balik dari Hospital Serdang scan lutut aku yang season ni, 1st time baring dalam gelung bulat and at the same time tak boleh bergerak dalam masa 30 minit, NAIK KEMATU BONTOT AKU NI WEY!

Nasib baik la doktor & staff Hospital tu baik-baik belaka, terubat KEMATU DI BONTOT ku seketika.
Sebelum nama aku kene panggil tu sempat gak la aku captured beberape gambar, hp baru la katekan, aicey! Haha! gurau je, bukan nak riak pun.

Silalah komen kalau sudi, and kalau rasa gambar-gambar tu memualkan perut anda atau secara tidak sengaja membuatkan anda terasa senak di bahagian-bahagian tertentu, pun boleh komen jugak, takde halangan untuk anda.



Alamak bang, sopan sangat la tu, haha! Takpe bang, atleast masuk blog sy yang tak seberape fame ni, hahaha!!



31/11/2011 ni kena datang lagi dengar explanation doctor. sigh~



Pakaian aku sebelum masuk MRI Scanner Machine, dah macam penghidap HIV dah aku tgk aku ni, hadoyai.

=============================================================================

Tuesday 1 November 2011

Contra




Assalamualaikum,
Harini aku just nak share something tentang pendapat n pandangan aku tntg suatu perkare.

Ape yg korang nmpk dlm gmbr tu?
Yang ada just background gelap dengan satu titik PUTIH, kan.

So mlm ni aku bkn nak berfalSAMPAH ke ape, lagi pun aku ni bkn manusie yg sempurna, tp just nak berkongsi ape yg aku rase baik untuk manusia sekarang.

Sebernanye aku nak kaitkan gambar ni dengan HATI MANUSIA.
Aku percaye yg kite ni pernah dibenci, pernah membenci dan juga pernah terbenci sesama kita, betol tak? Tak banyak pun sedikit mesti ada rasa mcm tu, kite tak boleh nak tipu diri kite.

Nak dijadikan cerite, aku pernah benci sorang ni, tak nak bg tau la sape, aku benci orang tu gila BAB lah senang cite. Sebab utama aku benci ialah PERANGAI dia.

Hari demi hari hati semakin meluat.
Then tahap benci aku buatkan aku makin menyampah and menyampah lagi kat dia, same dengan MENYAMPAH POWER OF TWO @ MENYAMPAH SQUARE!

But one day, he or she membuatkan aku terfikir dan terus berfikir panjang, mesti korang nak tau, bende ape yang jadik sampai aku berfikir panjang waktu tu, kan?

Alright, on that day, aku nmpk dia berjalan dgn tenang menuju kopitiam, even dia tenang hati aku tak senang disebabkan penyakit BENCI aku terhadap dia.

Then dia duduk and order, lama jugak aku perhatikan dia.
Sambil dia makan sambil aku perhatikan dia, tiba-tiba ada kucing comot ni meleset kat kaki dia yang membuatkan dia terkejut and tersedak, aku tanpa segan silu berdekak-dekak ketawa sorang-sorang, nasib baik dia jauh, dalam hati aku time tu, abes la kau kucing kene bedal ngan dia.

Suddenly, aku terkedu and terdiam dari ketawa syaitan aku tadi, dia amek peha ayam dalam pinggan dia and dia bagi kucing tu makan. Yang buat aku terkedu, ayam yang dia bagi kat kucing tu dia baru cubit sikit je, Ya Allah begitu mulia sifat penyayang hamba Mu ini sedangkan aku membenci hamba Mu tersebut selama aku mengenali dia.

So, apa yang jadik waktu tu betul-betul buat aku tersentuh dan buat aku sedar, mungkin Allah nak tunjuk yang seburuk-buruk manusia tu, masih ada lagi sifat baik didalam hatinya, sama macam dalam gambar yang aku attached ni, SEHITAM MANA HATI ORANG TU, AKAN TETAP ADA SETITIK PUTIH KEBAIKAN DI DALAM HATINYA.

Sampai sekarang aku berpegang dengan kata-kata aku sendiri, dan jika aku jumpe orang yg buruk perangainya, aku akan terus terbayang gambar ni dan tersenyum.
Sila berkongsi cerita tauladan dan pengajaran ini kalau korang rase pernah dibenci, menbenci atau terbenci, semoga diri kita diberkati dan dirahmati Allah, Insya'Allah. - Azlan Shah

============================================================================

Monday 31 October 2011

Tekala River during weekend


Assalamualaikum yall!!
Haaaa...korang penah dengar name tempat kat atas ni?
Mane yg penah dengar and tau tempat ni kat mane baguslah
And bagi yang tak pernah dengar tu, Sungai Tekala ni terletak di Semenyih, Selangor,
Nak tau lebih lanjut please ask Mr Google Mep ahhaaaa!

==========================================================================

Niat kite sebernanya dtg sini ada 2 sebab, 1st sebab nak berkubang and 2nd sebab nak snap view air terjun sungai ni. :)
So far masa ni juz dapat dua gambar ni je, almaklumlah kami ni bukan pro photographer, so byk la kekurangan dia. Hope you guys will like it. :) 






==========================================================================

Saturday 29 October 2011

Ini lah anak ikan mak nok!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada tetamu yang hadir. Hari ini mak nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir pada majlis sambutan hari lahir anak ikan mak yang ke-5, Ahaks! Mak segan nak cakap lama-lama kat depan ni sebenarnya, tapi disebabkan hari ini hari yang paling istimewa untuk anak ikan mak, mak akan cuba yang terbaik untuk membuatkan anak ikan mak ni gumbira.

Alaaaaa, mak malu la nak teruskan nok, nok sambung lah, pleaseeeeeee? Halaaaaa...nok ni main-main tau, malam nanti siap kau nok!

Ehem ehem, maafkan mak ea, geram betul mak dengan mak nyah tadi, kalau mak dapat, memang mak tekup muka dia biar dia lemas di dalam jiwa dan raga mak, hehe! Maaf mak melucah sikit, biasela nama pun Mak Nyah kan, Ahaks!

So kat mane kite tadi? Oooooo maaf ea syg, mak hampir terlupa, anak ikan mak yang pakai baju kuning tu, haaaaa comel kan? Yang jongang-jongang tu la anak ikan mak, tiut kan dia. Happy Birthday Ucuk Ku Anje! Mmmmmmuuuuaaahhhh!!! xoxo!


Haha! Mirinda old version bottle. From left Aira, Sarah, Me, Sis Nurul, Sis Diana & last but not least Bro Firdaus, tu semua cousin yang masuk air. Thanks sebab celebrated my 5th birthday on that time guys! Love you all..This is my biggest Birthday Celebration ever!!! (Kalau sekarang jangan harap la aku nak dapat kek besar rabak camtu, cett!) Thanks to you too!! Assalamualaikum!

p/s: aku memang suka updated cerita lame macam kat atas ni, just want to refresh my
       memories back to 90's.

================================================================

Friday 28 October 2011

Makhluk-Makhluk Pelik Di Jambatan Putrajaya!


Hah!! Ini lah die makhluk-makhluk yang pelik yang aku maksudkan, maknenye tak pelik, pukul 0300 waktu tempatan kite org still melompat lompat, aduhai makhluk Allah 3 ekor ni, bawak2 la mengucap nak oi!

Haha! Aku tak payah cakap pun aku rase korang dah tau yang tengah tu sape, iaitu si jongang tak sedar diri. Disebabkan kurus aku lah yang paling tinggi waktu tu, yang belah kiri tu paling best, kite org landing je die terus rase macam nak terbang lagi, ekh budak ni, kau dah kenape? buang tebiat nak lompat-lompat lagi? Rupenye die seronok rase badan die bergegar mase landing tu, Hahahaha! Sorry gang, gurau je, harap di maafkan.

So, aktiviti sebegini berterusan sehingga ke 0700, mase tu kite org jahil sikit, subuh pun langgor, sekarang Alhamdulillah dah ok. Sampai umah pukul 0800 masing-masing terbongkang sampai pukul 1700, memang seronok wey! Haha! tu yang 1st & yang last, kalau ade lagi pasni korang kene bagi tau awal-awal, bagi aku cas dulu tidor aku.



 ================================================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...